Posts

Showing posts from December, 2017

Latihan ARACHNIDS

Image
Salam ARACHNIDS. Setelah pasukan ini ditubuhkan, maka latihan untuk memperkasakan anggota-anggota ini telah dijalankan. Latihan pertama yang diadakan adalah latihan ikatan. Bermula dari ikatan asas sehingga ikatan lanjutan diadakan dan setiap kali selepas latihan satu ujian akan dilakukan bagi memastikan setiap anggota memahami segala latihan yang dijalankan. Selain itu, pasukan ini juga telah diberi latihan survival dalam hutan dengan di ajar bagaimana untuk memeruskan kehidupan di dalam hutan. Tumbuhan apa yang sesuai untuk dimakan, cara mendirikan tempat berteduh dan sebagainya. Jadi, pasukan ini telah memilih bukit Kledang sebagi tempat latihan dan mempunyai satu kawasan khas yang dijadikan markas untuk latihan mereka.

........ARACHNIDS

Image
Salam semua. Baik, hari ini saya akan sambung berkenaan pasukan yang diwujudkan bernama ARACHNIDS. Sebelum itu maksud bagi nama pasukan itu adalah penyelamat dan anggota yang berada dalam pasukan ini adalah dari anggota-anggota APM. Pada entri sebelum ini saya berhenti di mana satu perjumpaan telah diaturkan untuk memanggil anggota-anggota yang terpilih. Seramai 8 anggota termasuk 2 pegawai telah dipanggil dan di minta untuk berkumpul di sebuah padang bernama padang Polo di ipoh. Pada pertemuan pertama ini hanya perkenalan biasa diadakan kerana rata-rata telah mengenali satu sama lain. Kapten Kamarudzaman adalah sebagai ketua pasukan telah memberikan sedikit maklumat dan infomarsi mengenai wujudnya pasukan ini. Ahli pasukan ini terdiri dari anggota dari pelbagai kemahiran seperti Menyelamat Tempat Tinggi, Medik. Search and Rescue dan sebagainya. Untuk makluman semua dalam 8 orang anggota ini hanya seorang perempuan terpilih dan selebihnya lelaki serta diamanahkn untuk menjaga seo...

Wujudnya ARACHNIDS

Salam semua. Setelah pelbagai info dan ilmu serta pengalaman berkenaan APM telah sy kongsikn,  kali ini sy nk bercerita bagaimana ada sebuah kumpulan khas yg di wujudkan.  Kumpulan ini semua adalah dari anggota sukarelawan APM.  Kewujudan kumpulan ini juga adalah dari inisiatif seorang KAPTEN APM dan seorang LTM APM.  Mereka sebenarnya telah lama memerhati anggota-anggota yg berpotensi dan juga menguji mereka secara diam-diam.  Anggota berkenaan juga tidak tahu diri mereka sebenarnya di uji dan di perhatikan. Kewujudan kumpulan ini adalah bertujuan untuk menjadikn kumpulan ini mempunyai ilmu yang tinggi serta fit dari segi fizikal agar sekiranya ada operasi atau program tertentu, pegawai tidak perlu tercari-cari dan melatih anggota dari awal. Satu panggilan rahsia telah dibuat kepada anggota yang terpilih dan satu pertemuan telah diadakan bagi menerangkan dan memberitahu anggota berkenaan kewujudan kumpulan ini. Nantikan sambungan kewujudan kumpulan ini ...

Kes Menghiburkan Hati

Tidak semua kes-kes yang dikendalikan adalah seram, ngeri, menakutkan dan menyentuh jiwa. Namun ada juga kes yang saya kendalikan merupakan kes yang kelakar dan menghiburkan hati. Kes ini adalah kes satu dalam seribu kes yang pernah saya hadapi. Ceritanya adalah begini. Pada satu hari kami terima panggilan yang mengatakan ada biawak besar memasuki satu premis barang logam terpakai dan kami tanpa berlengah lagi terus pergi ke lokasi yang diberi. Setibanya di lokasi dan memasuki premis berkenaan, keadaan di dalam agak berselerak dan ruangnya agak luas. Kami memulakan pencarian kami untuk menangkap biawak tersebut. Apabila biawak tersebut menyedari kehadiran kami, maka haiwan tersebut bertindak ganas mungkin kerana die berasa terancam dengan kehadiran kami. Oleh itu, biawak tersebut mula mengejar dan cuba hendak mencederakan kami. kami pun apa lagi, terus menyusun langkah seribu bagi mengelakkan dari dikejar dan dicederakan oleh biawak tersebut. Apa yang kelakarnya adalah premis ter...

Kes Menyentuh Jiwa (2)

Salah satu lagi kes yang membuatkan jiwa saya tersentuh adalah ketika saya diberi kes untuk mengambil seseorang yang nazak di sebuah rumah di Ipoh. Setibanya di sebuah rumah yang agak mewah dan sebaik sahaja kami melangkah masuk kedalam sebuah bilik, kami terhidu satu bahu yang amat hancing dan teramat busuk. Kami semua berpatah balik ke ambulan dan memakai penutup hidung yang tebal. Setelah kami membuka pintu bilik tersebut, kami dapati ada serorang lelaki tua terbaring tanpa sebarang pakaian dan bilik tersebut di penuhi dengan air kencing dan najis. Terdapat juga sisa-sisa makan yang terbiar didalam bilik berkenaan. Keadaan lelaki tersebut amat lemah dan tidak bermaya. Jika dilihat melalui keadaan rumah yang agak mewah, kami tertanya-tanya di mana nilai kasih sayang seorang anak terhadap orang tuanya. Ketika kami menguruskan ayah mereka, mereka menunjukkan seolah-olah tidak bersalah dan mengganggap mengurung org tua mereka dalam keadaan tersebut adalah satu tindakan yang betul....

Kes Menyentuh Jiwa

Sepanjang pengalaman saya menggendali kes-kes di APM ini, terdapat juga beberapa kes yang menyentuh jiwa saya. Salah satu kes yang menyentuh jiwa saya adalah dimana ketika saya terlibat dalam menggendali kes kemalangan sebuah bas terbalik di Tapah, Perak. Kebetulan pada ketika itu kami berada di kaki gunung Batu Putih kerana pada keesokkan harinya kami akan mengiringi pelajar-pelajar dari UM untuk mendaki gunung tersebut. Ketika di kaki gunung tersebut kami telah menerima satu panggilan dari pusat kawalan yang mengatakan ada sebuah bas terbalik dan memandangkan kami yang paling hampir di tempat kejadian maka kami terus bergegas ke tempat kejadian. Sampai sahaja di lokasi kejadian, perkara pertama adalah melakukan pengasingan mangsa mengikut tahap kecederaan dan pada ketika itu saya melihat seorang bayi yang kepalanya cedera teruk. Bayi tersebut dalam lingkungan umur 3-4 tahun. Saya tanpa berfikir panjang terus mendapatkan bayi tersebut dan memberi rawatan sewajarnya. Saya juag te...

Kemalangan Jalan Raya

Pernahkan anda sekalian terbaca atau menonton berita berkenaan dengan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas terbalik di Cameroon Highland. Jika pernah, kes tersebut adalah pengalaman ngeri pertama yang pernah saya kendalikan. Terima sahaja panggilan berkenaan kes tersebut, kami anggota-anggota yang bertugas ketika itu terus bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. 3 buah kenderaan termasuk satu ambulan bergegas ke tempat kejadian. Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian, saya asik memikirkan apa yang patut saya lakukan setibanya di tempat kejadian nanti. Mungkin pegawai yang berada bersama dengan saya pada ketika itu melihat saya dalam keadaan gelisah, maka pegawai tersebut terus memberikan sedikit penerangan dan nasihat. Antara nasihat yang saya terima dan amalkan sehingga sekarang adalah, sekiranya terdapat mayat di tempat kejadian jangan terus lihat kepada mukanya akan tetapi perhatikan mayat dari kaki dahulu dan baru naik hingga ke...

Bermain dengan ular

Sepanjang hidup saya,saya tidak pernah bermimpi atau terfikir yang saya akan bermain dengan ular. Saya boleh dikatakan takut dan geli terhadap haiwan berbisa ini. Nak dijadikan cerita, pada satu hari ketika latihan diadakan, seorang pegawai telah mencadangkan agar latihan pada hari tersebut diadakan dengan latihan untuk mengendalikan ular ini. Pada mulanya saya tidak yakin dengan apa yang akan saya lakukan. Sesi pertama, pegawai berkenaan menunjukkan demonstrasi bagaimana hendak mengawal pergerakan ular tersebut. Ular yang digunakan pada watu itu adalah ular tedung. Sebaik sahaja ular berkenaan dikeluarkan, kebanyakkan anggota menjauhkan diri dari kawasan ular tersebut termasuklah saya. Setelah selesai demo dan tunjuk ajar dari pegawai tersebut, maka pegawai tersebut memanggil sesiapa yang mahu mencuba. Pada asalnya saya tidak mahu, akan tetapi saya cuba untuk mencabar diri saya dan saya tampil ke hadapan. Percubaan kali pertama saya gagal kerana saya tidak yakin dan takut tetapi...

Pengalaman pertama

Hai semua. Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya menggendali kes-kes yang terjadi sepanjang perkhidmatan saya di APM. Pengalaman saya yang pertama ini saya kongsikan berkenaan dengan kes pertama saya ketika mula berkhidmat di APM ini. Kes pertama yang saya kendalikan adalah dimana saya perlu mengikut kes memusnahkan sarang tebuan. Secara jujurnya saya tidak pernah menghadapi kes sebegini sebelum ini. Oleh itu, untuk permulaan saya amat berjaga-jaga dengan segala pergerakan saya kerana saya takut nanti saya akan disengat oleh tebuan. Untuk makluman, kes memusnahkan sarang tebuan ini amat digalakkan dilakukan ketika waktu malam kerana semua tebuan akan balik kesarang. Jadi, mudah untuk kita musnahkan sarang tersebut sekali dengan tebuan-tebuan tersebut. Tebuan tersebut juga tidak aktif di waktu malam. Selain itu, untuk musnahkan sarang tebuan ini, peralatan yang diperlukan adalah seperti penyembur nyamuk, diesel dan kain pembalut serta galah jika sarang nya d...

Kejuruatihan

Salam Penyelamat semua. Bertemu lagi kita di dalam kisah-kisah penyelamat saya dimana kali ini saya ingin teruskan lagi dengan berkongsi maklumat berkenaan APM. Jika sebelum ini saya berkongsi sehingga peringkat menghadiri kursus latihan, kini saya teruskan dengan kejurulatihan. Dalam APM ini juga terdapat jurulatih yang terdiri daripada anggota sukarelawam. Bagi anggota yang mempunyai ilmu dan pengalaman, pihat atasan akan pertimbangkan untuk menjadi jurulatih di dalam pasukan ini. Anggota yang terpilih seharusnya sudah menghadiri sekurang-kurangnya 5 kursus di peringkat lanjutan. Di dalam setiap kursus lanjutan tersebut, di hari terakhir kursus akan diadakan satu ujian bagi menilai anggota yang terlibat dan sekiranya markah yang diperolehi adalah tinggi maka peluang untuk menjadi seorang juruatih amatlah cerah. Bagi anggota yang terpilih, sebelum menjadi seorang jurulatih, anggota tersebut perlu menjadi pembantu jurulatih dan perlu mengajar sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali di d...