Pengalaman pertama
Hai semua.
Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya menggendali kes-kes yang terjadi sepanjang perkhidmatan saya di APM.
Pengalaman saya yang pertama ini saya kongsikan berkenaan dengan kes pertama saya ketika mula berkhidmat di APM ini. Kes pertama yang saya kendalikan adalah dimana saya perlu mengikut kes memusnahkan sarang tebuan. Secara jujurnya saya tidak pernah menghadapi kes sebegini sebelum ini. Oleh itu, untuk permulaan saya amat berjaga-jaga dengan segala pergerakan saya kerana saya takut nanti saya akan disengat oleh tebuan.
Untuk makluman, kes memusnahkan sarang tebuan ini amat digalakkan dilakukan ketika waktu malam kerana semua tebuan akan balik kesarang. Jadi, mudah untuk kita musnahkan sarang tersebut sekali dengan tebuan-tebuan tersebut. Tebuan tersebut juga tidak aktif di waktu malam.
Selain itu, untuk musnahkan sarang tebuan ini, peralatan yang diperlukan adalah seperti penyembur nyamuk, diesel dan kain pembalut serta galah jika sarang nya di tempat yang tinggi. Hujung galah tersebut dibalut dengan kain yang sudah dicelup dengan diesel. Kain dibakar dan seterusnya dihulurkan ke sarang tersebut bagi tujuan membakar sarang tersebut.
Tebuan yang jatuh ke bawah tetapi tidak mati akan disembur menggunakan penyembur nyamuk yang disediakan itu tadi.

Comments
Post a Comment