Asas Menyelamat

Salam dan selamat bertemu kembali.

Sebelum ni saya dah share sedikit sebanyak tugas dalam bidang perubatan ataupun lebih kepada bantuan awal di tempat kejadian. Harap-harap ia dapat memberi sedikit pengetahuan kepada yang lain.

Hari ini saya nak beralih topik kepada satu lagi cabang yang ada sebagai PENYELAMAT, iaitu asas menyelamat. Dah nama pun asas kn, jadi ia nya adalah apa yang anda perlu tahu terlebih dahulu sebelum bergelar PENYELAMAT.

Ilmu pertama yang anda perlu tahu adalah 10 ikatan asas iaitu :

1. Simpul Mati (Thumb Knot)
2. Simpul 8 (Figure of 8)
3. Setengah Belit (Half Turn)
4. Tindih Kasih (Bowline)
5. Bunga Geti (Sheet Band)
6. Manuk ( Clove Hitch)
7. Buku Sila (Reef Knot)
8. Satu Lingkaran 2 1/2 belit (Round Turn & Two Half Hitches)
9. Lilit Balak (Timber Hitch)
10. Simpul Kerusi (Chair Knot)

10 jenis ikatan ini perlu anda kuasai terlebih dahulu sebelum anda boleh pergi ke peringkat seterusnya. Ini kerana, ikatan2 tersebut akan digunakan dalam banyak bidang dan banyak situasi menyelamat nanti. Satu contohnya, buku sila digunakan untuk balutan kain anduh.

Bagi saya, ikatan atau aktiviti berkaitan tali ini memang minat saya dan ketika di zaman persekolahan dahulu ketika dalam pengakap, kami diuji perlu lakukan 10 ikatan dalam masa satu minit dan saya merupakan pemegang rekod dengan masa saya 34 saat. Alhamdulillah..

Jadi, pada kursus asas JPAM, semua pelatih perlu belajar dan menguasai 10 jenis ikatan ini terlebih dahulu. Sekiranya sudah lulus, maka anda akan dibenarkan untuk bertugas dan menjalani latihan seterusnya.



Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Kursus Lanjutan