Campak Belakang
Kembali semula pada zaman persekolahan, semasa saya di darjah 5 saya telah di perkenalkan dengan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan rekreasi dan saya telah jatuh cinta dengan aktiviti-aktiviti outdoor ini. Oleh itu, sy telah memilih untuk menyertai pasukan Pengakap ketika saya di darjah 6. Seterusnya saya kekal dengan pasukan Pengakap ini sehingga tamat sekolah menengah bahkan sehingga sekarang saya masih menjadi seorang Pengakap Kelana.
Sepanjang menjadi seorang pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana, pelbagai aktiviti dan ilmu PENYELAMAT dapat saya pelajari. Antara ilmu yang ada adalah :
- Balutan Anduh
- Asas CPR
- Mencegah Kebakaran
- Menyelamat di Hutan
- Teknik Survival & lain-lain
Dengan aktivti-aktiviti tersebut dan juga ilmu-ilmu yang saya pelajari, mengajar saya untuk lebih peka dengan persekitaran dan keselamatan tidak kira apa jua aktiviti yang kita sedang jalankan atau sertai. Apabila kesedaran mengenai keselamatan ini tinggi, ia dapat menjadikan diri kita lebih berdisiplin dan yang paling penting kita dapat membantu bukan sahaja ahli keluarga kita tetapi juga membantu orang-orang di sekeliling kita dengan ilmu yang kita ada.
Jika teringat akan aktivti yang kita sertai dahulu, memang banyak yang perit dan pahit dari yang manis kerana ia sebenarnya untuk melatih kita menjadi lebih peka dan kuat. Ikutkan hati ketika itu, mahu sahaja memberontak, tetapi bila terkenangkan kembali sekarang dan bercerita semula dengan kawan-kawan, ia menjadi cerita yang membuatkan kami semua ketawa.
Kepada senior-senior saya dahulu, minta maaflah sekiranya ade termaki atau terkutuk anda-anda sekalian. Andalah antara orang-orang yang mengajar saya menjadi diri saya sekarang.
Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap
( Pasukan Pengakap ke-5 Klang | Pengakap Kelana C Klang )

Comments
Post a Comment