Kemalangan Jalan Raya
Pernahkan anda sekalian terbaca atau menonton berita berkenaan dengan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas terbalik di Cameroon Highland. Jika pernah, kes tersebut adalah pengalaman ngeri pertama yang pernah saya kendalikan.
Terima sahaja panggilan berkenaan kes tersebut, kami anggota-anggota yang bertugas ketika itu terus bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. 3 buah kenderaan termasuk satu ambulan bergegas ke tempat kejadian.
Sepanjang perjalanan ke tempat kejadian, saya asik memikirkan apa yang patut saya lakukan setibanya di tempat kejadian nanti. Mungkin pegawai yang berada bersama dengan saya pada ketika itu melihat saya dalam keadaan gelisah, maka pegawai tersebut terus memberikan sedikit penerangan dan nasihat.
Antara nasihat yang saya terima dan amalkan sehingga sekarang adalah, sekiranya terdapat mayat di tempat kejadian jangan terus lihat kepada mukanya akan tetapi perhatikan mayat dari kaki dahulu dan baru naik hingga ke muka. Ini bertujuan bagi mengelakkan trauma kepada saya nanti dan ya, sampai sahaja di tempat kejadian mayat-mayat tersebut bergelimpangan di atas jalan bahkan ada didalam bas berkenaan. Alhamdulillah, selepas selesainya kes tersebut saya tidak trauma.

Comments
Post a Comment