Kes Menyentuh Jiwa (2)

Salah satu lagi kes yang membuatkan jiwa saya tersentuh adalah ketika saya diberi kes untuk mengambil seseorang yang nazak di sebuah rumah di Ipoh.

Setibanya di sebuah rumah yang agak mewah dan sebaik sahaja kami melangkah masuk kedalam sebuah bilik, kami terhidu satu bahu yang amat hancing dan teramat busuk. Kami semua berpatah balik ke ambulan dan memakai penutup hidung yang tebal.

Setelah kami membuka pintu bilik tersebut, kami dapati ada serorang lelaki tua terbaring tanpa sebarang pakaian dan bilik tersebut di penuhi dengan air kencing dan najis. Terdapat juga sisa-sisa makan yang terbiar didalam bilik berkenaan. Keadaan lelaki tersebut amat lemah dan tidak bermaya.

Jika dilihat melalui keadaan rumah yang agak mewah, kami tertanya-tanya di mana nilai kasih sayang seorang anak terhadap orang tuanya. Ketika kami menguruskan ayah mereka, mereka menunjukkan seolah-olah tidak bersalah dan mengganggap mengurung org tua mereka dalam keadaan tersebut adalah satu tindakan yang betul.

Dimana letaknya sikap keperimanusiaan dalam hati mereka dan ini membuatkan saya lebih menghargai dan menghormati serta menyayangi orang tua saya.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan