Kejuruatihan

Salam Penyelamat semua.

Bertemu lagi kita di dalam kisah-kisah penyelamat saya dimana kali ini saya ingin teruskan lagi dengan berkongsi maklumat berkenaan APM. Jika sebelum ini saya berkongsi sehingga peringkat menghadiri kursus latihan, kini saya teruskan dengan kejurulatihan.

Dalam APM ini juga terdapat jurulatih yang terdiri daripada anggota sukarelawam. Bagi anggota yang mempunyai ilmu dan pengalaman, pihat atasan akan pertimbangkan untuk menjadi jurulatih di dalam pasukan ini. Anggota yang terpilih seharusnya sudah menghadiri sekurang-kurangnya 5 kursus di peringkat lanjutan. Di dalam setiap kursus lanjutan tersebut, di hari terakhir kursus akan diadakan satu ujian bagi menilai anggota yang terlibat dan sekiranya markah yang diperolehi adalah tinggi maka peluang untuk menjadi seorang juruatih amatlah cerah.

Bagi anggota yang terpilih, sebelum menjadi seorang jurulatih, anggota tersebut perlu menjadi pembantu jurulatih dan perlu mengajar sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali di dalam kursus asas. Anggota tersebut akan dinilai oleh pegawai atasan dan jika pegawai atasan amat berpuas hati maka akan di lantik menjadi jurulatih bagi pasukan APM ini.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan