Kes Menyentuh Jiwa
Sepanjang pengalaman saya menggendali kes-kes di APM ini, terdapat juga beberapa kes yang menyentuh jiwa saya.
Salah satu kes yang menyentuh jiwa saya adalah dimana ketika saya terlibat dalam menggendali kes kemalangan sebuah bas terbalik di Tapah, Perak. Kebetulan pada ketika itu kami berada di kaki gunung Batu Putih kerana pada keesokkan harinya kami akan mengiringi pelajar-pelajar dari UM untuk mendaki gunung tersebut.
Ketika di kaki gunung tersebut kami telah menerima satu panggilan dari pusat kawalan yang mengatakan ada sebuah bas terbalik dan memandangkan kami yang paling hampir di tempat kejadian maka kami terus bergegas ke tempat kejadian. Sampai sahaja di lokasi kejadian, perkara pertama adalah melakukan pengasingan mangsa mengikut tahap kecederaan dan pada ketika itu saya melihat seorang bayi yang kepalanya cedera teruk. Bayi tersebut dalam lingkungan umur 3-4 tahun.
Saya tanpa berfikir panjang terus mendapatkan bayi tersebut dan memberi rawatan sewajarnya. Saya juag terus minta ambulan membawa bayi berkenaan dan beberapa lagi mangsa yang teruk bergerakke hospital terlebih dahulu. Sepanjang masa saya memangku bayi tersebut di dalam ambulan dan bayi tersebut tidak berhenti-henti menangis dan memanggil nama ayahnya. Saya amat sayu ketika itu dan cuba untuk memujuk agar bayi itu bertenang.
Saya menunggu bayi tersebut di hospital dan Alhamdulillah ayah kepada bayi itu cedera ringan dan segera dia mendapatkan bayinya itu.

Comments
Post a Comment