Bermain dengan ular

Sepanjang hidup saya,saya tidak pernah bermimpi atau terfikir yang saya akan bermain dengan ular. Saya boleh dikatakan takut dan geli terhadap haiwan berbisa ini.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari ketika latihan diadakan, seorang pegawai telah mencadangkan agar latihan pada hari tersebut diadakan dengan latihan untuk mengendalikan ular ini. Pada mulanya saya tidak yakin dengan apa yang akan saya lakukan.

Sesi pertama, pegawai berkenaan menunjukkan demonstrasi bagaimana hendak mengawal pergerakan ular tersebut. Ular yang digunakan pada watu itu adalah ular tedung. Sebaik sahaja ular berkenaan dikeluarkan, kebanyakkan anggota menjauhkan diri dari kawasan ular tersebut termasuklah saya.

Setelah selesai demo dan tunjuk ajar dari pegawai tersebut, maka pegawai tersebut memanggil sesiapa yang mahu mencuba. Pada asalnya saya tidak mahu, akan tetapi saya cuba untuk mencabar diri saya dan saya tampil ke hadapan. Percubaan kali pertama saya gagal kerana saya tidak yakin dan takut tetapi setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul akhirnya pada percubaan kali ketiga saya, saya berjaya menundukkan ular tersebut dan berjaya menangkapnya menggunakan tangan saya sendiri.

Walaubagaimana pun, saya tetap akan sentiasa berhati-hati jika berhadapan dengan haiwan ini dan saya akan menggukan perlatan yang disediakan terlebih dahulu untuk menangkap haiwan tersebut bagi menjamin keselamatan saya.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan