Kes Menghiburkan Hati
Tidak semua kes-kes yang dikendalikan adalah seram, ngeri, menakutkan dan menyentuh jiwa. Namun ada juga kes yang saya kendalikan merupakan kes yang kelakar dan menghiburkan hati. Kes ini adalah kes satu dalam seribu kes yang pernah saya hadapi.
Ceritanya adalah begini. Pada satu hari kami terima panggilan yang mengatakan ada biawak besar memasuki satu premis barang logam terpakai dan kami tanpa berlengah lagi terus pergi ke lokasi yang diberi.
Setibanya di lokasi dan memasuki premis berkenaan, keadaan di dalam agak berselerak dan ruangnya agak luas. Kami memulakan pencarian kami untuk menangkap biawak tersebut. Apabila biawak tersebut menyedari kehadiran kami, maka haiwan tersebut bertindak ganas mungkin kerana die berasa terancam dengan kehadiran kami.
Oleh itu, biawak tersebut mula mengejar dan cuba hendak mencederakan kami. kami pun apa lagi, terus menyusun langkah seribu bagi mengelakkan dari dikejar dan dicederakan oleh biawak tersebut. Apa yang kelakarnya adalah premis tersebut ditutup pintu depan dan belakangnya dan terjadilah adegan kejar mengejar antara biawak tersebut dengan kami berempat sambil di perhatikan oleh pemilik premis tersebut yang tidak berhenti-henti mentertawakan kami.
Hahahahaha. memang itu adalah kes yang paling jarang dijumpai di dalam sejarah PENYELAMAT.

Comments
Post a Comment