Posts

Showing posts from October, 2017

Mengendali Kes-kes

Salam dan Selamat Sejahtera. Tulisan saya kali ini akan saya ceritakan tentang pengalaman-pengalaman saya mengendalikan kes-kes yang tedapat di dalam JPAM ini. Secara am nya kes di JPAM adalah seperti - Kes Kemalangan Jalan Raya - Kes Mencari dan Menyelamat - Kes Menangkap Haiwan Berbisa - Kes Memusnahkan Sarang Tebuan/Lebah - Kes Pokok Tumbang - Kes Memadam Kebakaran Antara kes-kes tersebut, Kes kemalangan jalan raya, menangkap haiwan berbisa, memusnahkan sarang tebuan/lebah dan pokok tumbang merupakan kes yang selalu JPAM akn terlibat. Jadi, pelbagai kemahiran dan pengetahuan diperlukan. Sekiranya tersilap percaturan atau keputusan yang diambil, maka ada risiko yang perlu diambil. Dalam kes kemalangan jalan raya, JPAM akan menerima kes daripada pihak hospitan terlebih dahulu dan setelah semua maklumat di ambil dan di sahkan, siren akan berbunyi dan anggota JPAM yang terlibat akan terus memulakan tugasan sebagai seorang PENYELAMAT. Semua prosedur atau SOP perlu dipatuhi...

Papa Bravo Tango

Image
Sejak dari saya telah menerima nombor badan dan uniform, saya semakin bergiat aktif dalam JPAM. Saya telah mula bertugas di Bilik Gerakan dengan elaun sebanyak RM6 sejam dan bertugas selama 8 jam sehari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pegawai Pasukan. Seawal saya bertugas, saya hanya diberi tanggungjawab untuk menulis buku laporan sahaja memandangkan saya masih baru. Walaubagaimana pun, setiap kali saya bertugas akan ada pegawai yang akan memberi latihan tambahan untuk melayakkan saya bertugas di luar seperti mengendali kes-kes kemalangan jalan raya, kes sakit, kes menangkap haiwan berbisa, memusnahkn sarang tebuan dan memadam kebakaran serta misi mencari dan menyelamat. Setiap hari ahad pula merupakan hari latihan untuk semua anggota. Pada hari Ahad ini la semua anggota di dedahkn dengan pelbagai jenis ilmu advance dan saya amat suka jika latihan tersebut membabitkan aktiviti tali tinggi. Dan.....dari latihan-latihan ini, pegawai-pegawai pasukan telah memantau presta...

Kisah Bermula

Image
Setelah mengimbas kembali sejarah2 dahulu, maka bermula lah kisah-kisah saya dan kisah-kisah mengenai dunia PENYELAMAT. Kisah ini bermula apabila pada tahun 2010, di mana syarikat yang saya bekerja telah menghadapi masalah besar sehingga mengakibatkan syarikat di tutup dan saya telah kehilangan pekerjaan. Jadi, sementara saya mendapat pekerjaan yang baharu, secara tidak sengaja saya telah diperkenalkan dengan satu badan sukarelawan yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3), seterusnya ditukar nama kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kini dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Untuk menjadi seorang anggota, setiap individu perlu menghadiri kursus asas yang dijalankn selama 4 hari 3 malam. Sepanjang hari berkursus, latihan di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :    1. First aid / Medik    2. Asas Menyelamat    3. Memadam Kebakaran    4. Kawad kaki Latihan yang diberikan adalah antara akti...

Campak Belakang

Image
Kembali semula pada zaman persekolahan, semasa saya di darjah 5 saya telah di perkenalkan dengan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan rekreasi dan saya telah jatuh cinta dengan aktiviti-aktiviti outdoor ini. Oleh itu, sy telah memilih untuk menyertai pasukan Pengakap ketika saya di darjah 6. Seterusnya saya kekal dengan pasukan Pengakap ini sehingga tamat sekolah menengah bahkan sehingga sekarang saya masih menjadi seorang Pengakap Kelana. Sepanjang menjadi seorang pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana, pelbagai aktiviti dan ilmu PENYELAMAT dapat saya pelajari. Antara ilmu yang ada adalah : - Balutan Anduh - Asas CPR - Mencegah Kebakaran - Menyelamat di Hutan - Teknik Survival & lain-lain Dengan aktivti-aktiviti tersebut dan juga ilmu-ilmu yang saya pelajari, mengajar saya untuk lebih peka dengan persekitaran dan keselamatan tidak kira apa jua aktiviti yang kita sedang jalankan atau sertai. Apabila kesedaran mengenai keselamatan ini tinggi, ia dapat menjadikan di...

Salam Perkenalan

Sebelum diteruskan lagi dengan cerita-cerita berkaitan PENYELAMAT ini lagi, apa kata saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu dan berkongsi sedikit tentang latar belakang saya. Jadi, ini adalah cerita tentang saya. Pada tahun 1987 hari ke-6 pada bulan Mei, lahirlah seorang bayi lelaki yang comel yang diberi nama Aliff Adrian Bin Nor Razif. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Klang, Selangor. Mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang kedua dan sulung lelaki. Mendapat pendidikan awal di sebuah tadika di Klang dan seterusnya berjaya menempatkan diri di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Pulai, Klang. Tamatnya darjah 6 di sana, sambung pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (A.C.S) Klang. Namun pada hujung tahun 2003, kami sekeluarga telah berpindah ke Ipoh, Perak dan saya habiskan tingkatan 5 saya di SMK Jelapang Jaya, Ipoh. Pendidikan tertinggi saya adalah di peringkat STPM di SMK Jalan Tasek, Ipoh. Tamatnya zaman persekolahan, saya terus melup...

ARACHNIDS.....

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut? Sebenarnya perkataan tersebut menggambarkan kumpulan haiwan arachnida seperti labah-labah atau kala jengking. Tetapi, mengapa arachnids menjadi pilihan untuk blog ini. Ini kerana saya mengambil labah-labah sebagai pilihan dan contoh terbaik bagi menggambarkan PENYELAMAT. Kisah ini di ambil dari zaman Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu yang bersembunyi di dalam sebuah gua dari musuh-musuh Baginda. Ketika Baginda berada di dalam gua tersebut dan musuh-musuh menghampiri gua tersebut, seekor cicak telah berbunyi bising seperti memberitahu pihak musuh bahawa Rasulullah S.A.W berada di dalam gua tersebut. Di sinilah labah-labah telah memainkan peranan sebagai PENYELAMAT Baginda dengan membuat sarang di pintu gua bagi menandakan pintu gua tidak pernah di masuki oleh sesiapa. Di sini, pihak musuh telah terpedaya dan labah-labah telah di angkat menjadi penyelamat Baginda. Oleh itu, saya akan berkongsi cerita-cerita berkenaan PENYELAMA...