Papa Bravo Tango

Sejak dari saya telah menerima nombor badan dan uniform, saya semakin bergiat aktif dalam JPAM. Saya telah mula bertugas di Bilik Gerakan dengan elaun sebanyak RM6 sejam dan bertugas selama 8 jam sehari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pegawai Pasukan.

Seawal saya bertugas, saya hanya diberi tanggungjawab untuk menulis buku laporan sahaja memandangkan saya masih baru. Walaubagaimana pun, setiap kali saya bertugas akan ada pegawai yang akan memberi latihan tambahan untuk melayakkan saya bertugas di luar seperti mengendali kes-kes kemalangan jalan raya, kes sakit, kes menangkap haiwan berbisa, memusnahkn sarang tebuan dan memadam kebakaran serta misi mencari dan menyelamat.

Setiap hari ahad pula merupakan hari latihan untuk semua anggota. Pada hari Ahad ini la semua anggota di dedahkn dengan pelbagai jenis ilmu advance dan saya amat suka jika latihan tersebut membabitkan aktiviti tali tinggi.

Dan.....dari latihan-latihan ini, pegawai-pegawai pasukan telah memantau prestasi setiap anggota dan tanpa di sangka, saya telah mendapat perhatian dari mereka. Semenjak dari itu saya telah dipilih untuk menjalani latihan yang lebih mendalam dan lebih mencabar fizikal saya. Saya dikehendaki untuk menjalankn latihan-latihan lasak dan kemahiran peringkat tinggi. Saya juga akan sentiasa di uji dari masa ke masa.




Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan