Salam Perkenalan
Sebelum diteruskan lagi dengan cerita-cerita berkaitan PENYELAMAT ini lagi, apa kata saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu dan berkongsi sedikit tentang latar belakang saya. Jadi, ini adalah cerita tentang saya.
Pada tahun 1987 hari ke-6 pada bulan Mei, lahirlah seorang bayi lelaki yang comel yang diberi nama Aliff Adrian Bin Nor Razif. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Klang, Selangor. Mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang kedua dan sulung lelaki.
Mendapat pendidikan awal di sebuah tadika di Klang dan seterusnya berjaya menempatkan diri di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Pulai, Klang. Tamatnya darjah 6 di sana, sambung pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (A.C.S) Klang. Namun pada hujung tahun 2003, kami sekeluarga telah berpindah ke Ipoh, Perak dan saya habiskan tingkatan 5 saya di SMK Jelapang Jaya, Ipoh. Pendidikan tertinggi saya adalah di peringkat STPM di SMK Jalan Tasek, Ipoh.
Tamatnya zaman persekolahan, saya terus melupakan bidang pendidikan kerana memilih untuk terus bekerja di sebuah syarikat swasta di Ipoh selama 4 tahun. Pada bulan Oktober 2010, syarikat tersebut mengalami masalah yang teruk dan menyebabkan syarikat itu di tutup dan saya terpaksa untuk berhenti.
Dalam saya mencari pekerjaan lain bagi menyara hidup saya, saya telah diperkenalkan dengan sebuah agensi Sukarelawan yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menepati minat saya. Jadi, di situ bermulanya cerita-cerita berkenaan PENYELAMAT yang akan saya ceritakan nanti.

Comments
Post a Comment