ARACHNIDS.....
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut? Sebenarnya perkataan tersebut menggambarkan kumpulan haiwan arachnida seperti labah-labah atau kala jengking. Tetapi, mengapa arachnids menjadi pilihan untuk blog ini. Ini kerana saya mengambil labah-labah sebagai pilihan dan contoh terbaik bagi menggambarkan PENYELAMAT.
Kisah ini di ambil dari zaman Rasulullah S.A.W suatu ketika dahulu yang bersembunyi di dalam sebuah gua dari musuh-musuh Baginda. Ketika Baginda berada di dalam gua tersebut dan musuh-musuh menghampiri gua tersebut, seekor cicak telah berbunyi bising seperti memberitahu pihak musuh bahawa Rasulullah S.A.W berada di dalam gua tersebut. Di sinilah labah-labah telah memainkan peranan sebagai PENYELAMAT Baginda dengan membuat sarang di pintu gua bagi menandakan pintu gua tidak pernah di masuki oleh sesiapa.
Di sini, pihak musuh telah terpedaya dan labah-labah telah di angkat menjadi penyelamat Baginda. Oleh itu, saya akan berkongsi cerita-cerita berkenaan PENYELAMAT.
Comments
Post a Comment