M.K

Hola....

Bantuan Awal Perubatan sudah, Asas Menyelamat pun sudah, dan entry kali ini saya akan kongsikan satu lagi bidang yang terdapat dalam JPAM adalah M.K. M.K adalah singkatan kepada Memadam Kebakaran. Secara jujurnya ini la satu-satu nya bidang yang saya kurang minat. Jika saya minat sudah tentu saya menyertai pasukan BOMBA kan. Akan tetapi, dalam JPAM juga kita perlu tahu sedikit mengenai ilmu MK ini kerana JPAM akan menjadi pasukan sokongan sekiranya diperlukan lebih2 lagi jika terjadi bencana.

Latihan asas bagi MK ini adalah yang pertama anda perlu tahu mengenai segi tiga api, iaitu apa yang menyebabkan kebakaran berlaku dan apa yang boleh memadamkan api. Segitiga api ini adalah :


Ketiga-tiga unsur ini diperlukan untuk menghidupkan api dan untuk memadam api ini pula kita perlu asingkan atau hilangkan salah satu dari 3 unsur tersebut. Apabila punca dari 3 unsur ini dijumpai maka kebakaran boleh dikawal dan dipadamkan.

Satu lagi latihan dalam MK ini adalah cara melepaskan diri dalam bangunan yang terbakar. Apakah latihan tersebut, akan saya kongsikan dalam entry saya seterusnya.

Teruskan bersama ARACHNIDS ini untuk info dan ilmu seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan