Melepaskan Diri

Salam.

Post kali ini saya nak sambung lagi berkenaan tajuk post yang lepas iaitu M.K. Sebelum ini saya bercerita berkenaan segi tiga api, kali ini saya berkongsi berkenaan bagaimana mahu melepaskan diri jika terperangkap dalam bangunan terbakar.

Tahukah anda bahawa ramai mangsa yang mati dalam kejadian kebakaran adalah bukan disebabkan terbakar? Ya. Mangsa yang mati dalam kejadian kebakaran adalah disebabkan terperangkap dan lemas akibat asap yang tebal akibat kebakaran tersebut.

Jadi, bagaimana kita hendak selamatkan diri kita jika berada dalam situasi tersebut?

1. Ketahui dahulu bahawa asap yang berkumpul itu akan berkumpul di bahagian atas. Maksudnya disini adalah asap berada di atas siling bangunan dan bahagian lantai adalah kawasan yang kurang adanya asap berkumpul.

2. Sekiranya anda mempunyai kain yang boleh dibasahkan, maka gunakan kain tersebut untuk jadikan sebagai penutup hidung dan mulut bagi melancarkan pernafasan anda.

3. Lakukan posisi merangkak dan rapat ke dinding dan bergerak mencari jalan keluar berpandukan dinding tersebut.

Dengan melakukan langkah-langkah tersebut diharapkan anda semua dapat membantu diri sekiranya terjadi kepada diri sendiri. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan