A.P.M

Salam dan Selamat Sejahtera.

Jadi, boleh dikatakan semua latihan asas telah saya ceritakan di dalam post-post saya sebelum ini dan itu adalah latihan yang perlu anda lalui sebelum anda boleh bergelar seorang ahli PENYELAMAT atau JPAM yang kini lebih dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Secara Am nya, dahulu APM dikenali sebagai JPA3, kemudian ditukar kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kini APM. APM juga telah bernaung di bawah pelbagai Kementerian antaranya, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan, Kementerian Dalam Negeri dan kini di bawah Jabatan Perdana Menteri.

APM ini adalah satu agensi atau barisan pertahanan ke-3 selepas Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia dan seterusnya BOMBA & APM.

Tetapi apabila berlaku bencana alam, APM dan BOMBA akan menjadi barisan hadapan untuk mengendali situasi tersebut. Jadi, tugas utama APM adalah lebih kepada bencana seperti Tanah Runtuh, Banjir, Orang Hilang di Hutan dan seumpanya.

Tak salah jika saya katakan APM ini adalah WIRA dan PENYELAMAT kepada MASYARAKAT.

Comments

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan