Kisah Bermula

Setelah mengimbas kembali sejarah2 dahulu, maka bermula lah kisah-kisah saya dan kisah-kisah mengenai dunia PENYELAMAT.

Kisah ini bermula apabila pada tahun 2010, di mana syarikat yang saya bekerja telah menghadapi masalah besar sehingga mengakibatkan syarikat di tutup dan saya telah kehilangan pekerjaan. Jadi, sementara saya mendapat pekerjaan yang baharu, secara tidak sengaja saya telah diperkenalkan dengan satu badan sukarelawan yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3), seterusnya ditukar nama kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kini dikenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Untuk menjadi seorang anggota, setiap individu perlu menghadiri kursus asas yang dijalankn selama 4 hari 3 malam. Sepanjang hari berkursus, latihan di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
   1. First aid / Medik
   2. Asas Menyelamat
   3. Memadam Kebakaran
   4. Kawad kaki

Latihan yang diberikan adalah antara aktiviti yang sangat saya gemari dan amat saya minat. Lebih-lebih lagi dalam bahagian asas menyelamat dimana salah satu aktivitinya adalah bermain dengan tali tinggi contohnya, abseiling dan flying fox. Untuk info tambahan, saya sangat berminat main dengan tali ataupun ikatan.

Setelah saya berjaya menamatkan latihan, saya telah diberikan uniform dan nombor badan. Mulai dari hari itu saya telah memulakan khidmat saya sebagai seorang sukarelawan JPAM.

- A81354 PBT (PA) Aliff Adrian Bin Nor Razif-



                                                                           






Comments

  1. Assalamualaikum .. Sy nak tanya.. Haritu saya dah mohon jadi ASPA daerah Seremban.. Dan permohonan tu dah diluluskan.. Jadi nak tanya... Lepas je dapat notis kita diterima dan lulus jadi anggota ASPA... Apa tindakan yg kita kena buat?? Ke nak tunggu surat sampai rumah baru kena pergi lapor diri???

    ReplyDelete
  2. 0136854128 .. Numbrer hp saya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DRCAB

Asas Menyelamat

Kursus Lanjutan