Posts

Lagi-lagi ARACHNIDS

Image
Hai semua. Kisah kali ini mengenai lagi-lagi ARACHNIDS yang sebenarnya pada mulanya pasukan ini diwujudkan secara rahsia bagi mengelakan anggota-anggota lain tidak berkecil hati, walaubagaimapun akhirnya kewujudan pasukan ini telah diketahui dan pada mulanya mereka mengganggap pasukan ini adalah pasukan kroni sehinggalah pegawai kami membuka kepada setiap anggota untuk menjadi ahli pasukan ini tetapi perlu melalui latihan dan ujian terlebih dahulu. Setelah semua latihan diberikan dan satu ujian dijalankan termasuk kami berlapan diminta untuk menjalani ujian tersebut, maka keputusannya adalah kekal kali berlapan yang menjadi anggota pasukan ini. hahaha.. (bangga jap).. Bermula dari hari itu, setiap anggota APM Ipoh mengimpikan untuk menjadi ahli pasukan ARACHNIDS. Pasukan ARACHNIDS ini juga telah diberi kepercayaan untuk menjalankan pelbagai operasi dan juga diminta untuk menyertai Pertandingan yang dianjurkan oleh APM bagi mewakili negeri PERAK.

Latihan ARACHNIDS

Image
Salam ARACHNIDS. Setelah pasukan ini ditubuhkan, maka latihan untuk memperkasakan anggota-anggota ini telah dijalankan. Latihan pertama yang diadakan adalah latihan ikatan. Bermula dari ikatan asas sehingga ikatan lanjutan diadakan dan setiap kali selepas latihan satu ujian akan dilakukan bagi memastikan setiap anggota memahami segala latihan yang dijalankan. Selain itu, pasukan ini juga telah diberi latihan survival dalam hutan dengan di ajar bagaimana untuk memeruskan kehidupan di dalam hutan. Tumbuhan apa yang sesuai untuk dimakan, cara mendirikan tempat berteduh dan sebagainya. Jadi, pasukan ini telah memilih bukit Kledang sebagi tempat latihan dan mempunyai satu kawasan khas yang dijadikan markas untuk latihan mereka.

........ARACHNIDS

Image
Salam semua. Baik, hari ini saya akan sambung berkenaan pasukan yang diwujudkan bernama ARACHNIDS. Sebelum itu maksud bagi nama pasukan itu adalah penyelamat dan anggota yang berada dalam pasukan ini adalah dari anggota-anggota APM. Pada entri sebelum ini saya berhenti di mana satu perjumpaan telah diaturkan untuk memanggil anggota-anggota yang terpilih. Seramai 8 anggota termasuk 2 pegawai telah dipanggil dan di minta untuk berkumpul di sebuah padang bernama padang Polo di ipoh. Pada pertemuan pertama ini hanya perkenalan biasa diadakan kerana rata-rata telah mengenali satu sama lain. Kapten Kamarudzaman adalah sebagai ketua pasukan telah memberikan sedikit maklumat dan infomarsi mengenai wujudnya pasukan ini. Ahli pasukan ini terdiri dari anggota dari pelbagai kemahiran seperti Menyelamat Tempat Tinggi, Medik. Search and Rescue dan sebagainya. Untuk makluman semua dalam 8 orang anggota ini hanya seorang perempuan terpilih dan selebihnya lelaki serta diamanahkn untuk menjaga seo...

Wujudnya ARACHNIDS

Salam semua. Setelah pelbagai info dan ilmu serta pengalaman berkenaan APM telah sy kongsikn,  kali ini sy nk bercerita bagaimana ada sebuah kumpulan khas yg di wujudkan.  Kumpulan ini semua adalah dari anggota sukarelawan APM.  Kewujudan kumpulan ini juga adalah dari inisiatif seorang KAPTEN APM dan seorang LTM APM.  Mereka sebenarnya telah lama memerhati anggota-anggota yg berpotensi dan juga menguji mereka secara diam-diam.  Anggota berkenaan juga tidak tahu diri mereka sebenarnya di uji dan di perhatikan. Kewujudan kumpulan ini adalah bertujuan untuk menjadikn kumpulan ini mempunyai ilmu yang tinggi serta fit dari segi fizikal agar sekiranya ada operasi atau program tertentu, pegawai tidak perlu tercari-cari dan melatih anggota dari awal. Satu panggilan rahsia telah dibuat kepada anggota yang terpilih dan satu pertemuan telah diadakan bagi menerangkan dan memberitahu anggota berkenaan kewujudan kumpulan ini. Nantikan sambungan kewujudan kumpulan ini ...

Kes Menghiburkan Hati

Tidak semua kes-kes yang dikendalikan adalah seram, ngeri, menakutkan dan menyentuh jiwa. Namun ada juga kes yang saya kendalikan merupakan kes yang kelakar dan menghiburkan hati. Kes ini adalah kes satu dalam seribu kes yang pernah saya hadapi. Ceritanya adalah begini. Pada satu hari kami terima panggilan yang mengatakan ada biawak besar memasuki satu premis barang logam terpakai dan kami tanpa berlengah lagi terus pergi ke lokasi yang diberi. Setibanya di lokasi dan memasuki premis berkenaan, keadaan di dalam agak berselerak dan ruangnya agak luas. Kami memulakan pencarian kami untuk menangkap biawak tersebut. Apabila biawak tersebut menyedari kehadiran kami, maka haiwan tersebut bertindak ganas mungkin kerana die berasa terancam dengan kehadiran kami. Oleh itu, biawak tersebut mula mengejar dan cuba hendak mencederakan kami. kami pun apa lagi, terus menyusun langkah seribu bagi mengelakkan dari dikejar dan dicederakan oleh biawak tersebut. Apa yang kelakarnya adalah premis ter...

Kes Menyentuh Jiwa (2)

Salah satu lagi kes yang membuatkan jiwa saya tersentuh adalah ketika saya diberi kes untuk mengambil seseorang yang nazak di sebuah rumah di Ipoh. Setibanya di sebuah rumah yang agak mewah dan sebaik sahaja kami melangkah masuk kedalam sebuah bilik, kami terhidu satu bahu yang amat hancing dan teramat busuk. Kami semua berpatah balik ke ambulan dan memakai penutup hidung yang tebal. Setelah kami membuka pintu bilik tersebut, kami dapati ada serorang lelaki tua terbaring tanpa sebarang pakaian dan bilik tersebut di penuhi dengan air kencing dan najis. Terdapat juga sisa-sisa makan yang terbiar didalam bilik berkenaan. Keadaan lelaki tersebut amat lemah dan tidak bermaya. Jika dilihat melalui keadaan rumah yang agak mewah, kami tertanya-tanya di mana nilai kasih sayang seorang anak terhadap orang tuanya. Ketika kami menguruskan ayah mereka, mereka menunjukkan seolah-olah tidak bersalah dan mengganggap mengurung org tua mereka dalam keadaan tersebut adalah satu tindakan yang betul....

Kes Menyentuh Jiwa

Sepanjang pengalaman saya menggendali kes-kes di APM ini, terdapat juga beberapa kes yang menyentuh jiwa saya. Salah satu kes yang menyentuh jiwa saya adalah dimana ketika saya terlibat dalam menggendali kes kemalangan sebuah bas terbalik di Tapah, Perak. Kebetulan pada ketika itu kami berada di kaki gunung Batu Putih kerana pada keesokkan harinya kami akan mengiringi pelajar-pelajar dari UM untuk mendaki gunung tersebut. Ketika di kaki gunung tersebut kami telah menerima satu panggilan dari pusat kawalan yang mengatakan ada sebuah bas terbalik dan memandangkan kami yang paling hampir di tempat kejadian maka kami terus bergegas ke tempat kejadian. Sampai sahaja di lokasi kejadian, perkara pertama adalah melakukan pengasingan mangsa mengikut tahap kecederaan dan pada ketika itu saya melihat seorang bayi yang kepalanya cedera teruk. Bayi tersebut dalam lingkungan umur 3-4 tahun. Saya tanpa berfikir panjang terus mendapatkan bayi tersebut dan memberi rawatan sewajarnya. Saya juag te...