Posts

Showing posts from January, 2018

Lagi-lagi ARACHNIDS

Image
Hai semua. Kisah kali ini mengenai lagi-lagi ARACHNIDS yang sebenarnya pada mulanya pasukan ini diwujudkan secara rahsia bagi mengelakan anggota-anggota lain tidak berkecil hati, walaubagaimapun akhirnya kewujudan pasukan ini telah diketahui dan pada mulanya mereka mengganggap pasukan ini adalah pasukan kroni sehinggalah pegawai kami membuka kepada setiap anggota untuk menjadi ahli pasukan ini tetapi perlu melalui latihan dan ujian terlebih dahulu. Setelah semua latihan diberikan dan satu ujian dijalankan termasuk kami berlapan diminta untuk menjalani ujian tersebut, maka keputusannya adalah kekal kali berlapan yang menjadi anggota pasukan ini. hahaha.. (bangga jap).. Bermula dari hari itu, setiap anggota APM Ipoh mengimpikan untuk menjadi ahli pasukan ARACHNIDS. Pasukan ARACHNIDS ini juga telah diberi kepercayaan untuk menjalankan pelbagai operasi dan juga diminta untuk menyertai Pertandingan yang dianjurkan oleh APM bagi mewakili negeri PERAK.